Tuesday, 16 October 2012

All about Nature

PEPATUNG

Pepatung atau sibur-sibur merupakan sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota atau, lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera. Ia dikategorikan berdasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang. Walaupun pepatung mempunyai 6 kaki seperti serangga-serangga lain, ia tetap tidak boleh berjalan. Pepatung juga merupakan serangga yang paling laju terbang.
Pepatung adalah pemangsa berguna yang memakan nyamuk, dan pelbagai serangga kecil lain seperti lalat, lebah, semut dan kupu-kupu. Ia biasanya boleh dijumpai di sekitar tasik, kolam, sungai dan tanah lembap kerana larvanya, yang juga dikenali sebagai “nimfa”, adalah bersifat akuatik.
Nimfa boleh memberi kesan gigitan yang menyakitkan apabila terancam. Pastikan anda membersihkan kawasan gigitan seluruhnya untuk mencegah jangkitan air tersimpan di bawah kulit.


                                      Kitaran hidup

Pepatung betina bertelur di dalam atau berhampiran dengan air, pada kebiasaannya di atas tumbuhan terapung atau tumbuhan baru. Semasa bertelur, sesetengah spesies akan menyelam sepenuhnya untuk bertelur dalam permukaan yang baik. Telur tersebut kemudiannya menetas menjadi nimfa. Kebanyakan kehidupan pepatung diluangkan di dalam naiad (sejenis bentuk nimfa), di bawah permukaan air, menggunakan muncung yang boleh dipanjangkan untuk menangkap invertebrata atau vertebrata lain seperti berudu, ikan dan lain-lain. Mereka bernafas melalui insang yang terdapat di dalam rectum, dan boleh menggerakkan badan mereka dengan pantas melalui cara memaksa air keluar dari anus secara tiba-tiba. Sesetengah nimfa juga memburu di darat, satu kebolehan yang agak biasa pada zaman dahulu ketika pemangsa di bumi masih lembab.
Peringkat larva bagi pepatung yang besar boleh mencecah sehingga 5 tahun. Dalam spesies yang lebih kecil, peringkat ini hanya mengambil masa antara 2 bulan hingga 3 tahun. Apabila larva telah bersedia untuk menjalani metamorfosis menjadi dewasa,ia akan memanjat lalang air atau tumbuhan terapung. Keadaan terdedah kepada udara menyebabkan larva mula bernafas. Kulit larva atau juga digelar sebagai kepompong akan terbuka pada bahagian yang lemah dan lembut di belakang kepala. Kemudian, pepatung dewasa akan merangkak keluar dari kulit larva yang lama lalu mengembangkan sayapnya dan terbang mencari lalat atau serangga kecil sebagai makanan. Peringkat dewasa bagi kebanyakan pepatung hanya selama 4 bulan.

Pepatung dalam kehidupan manusia

Di Eropah, pepatung selalu dianggap sebagai satu ancaman. Di sebahagian negara Amerika Selatan, pepatung juga dipanggil metacaballo yang bermaksud pembunuh kuda memandangkan ia dilihat boleh mendatangkan bahaya kerana sesetengah spesies adalah sangat besar untuk dikategorikan sebagai serangga. Walau bagaimanapun, pepatung mempunyai reputasi yang lebih baik di Asia Timur dan pedalaman Amerika. Di pedalaman Amerika, ia dipercayai sebagai simbol perubahan selepas berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Di negara Jepun pula, pepatung dianggap sebagai lambang keberanian, kekuatan dan kegembiraan, malah ia sering dipersembahkan dalam seni dan kesusasteraan terutamanya haiku. Pepatung juga pernah digunakan sebagai ubat pada zaman dahulu di negara China dan Jepun. Di sebahagian kawasan di Bumi seperti di Indonesia, ia juga merupakan sumber makanan yang dimakan sama ada dewasa ataupun larva. SUMBER WIKIPIDIA.
CANON EOS 7D LENS SIGMA 17-70MM 2.8, EXT. TUBE WITH RING LIGHT FLASH, ISO 800, 1/320sec

GABAI WATERFALL SEMENYIH - NIKON COOLPIX


HOT AIR BALOON CANBERRA - NIKON COOLPIX


LEBAH

Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartik.
Lebah mencari makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber, mereka membawa jeli diraja ke sarang sekadar yang termampu. Lebah akan mengingati lokasi sumber makanan tadi dan akan meminta bantuan rakan-rakan yang berada di sarang. Mereka memulakan dengan gerakan berbentuk nombor 8 di dalam sarang dan bergerak atau menggoyangkan badan seakan-akan menari sebagai isyarat jarak sumber makanan tersebut. Di hujung tarian, lebah-lebah lain akan memahami dan terus menuju sumber makanan tersebut dengan tepat. SUMBER WIKIPIDEA
EOS 7D LENS SIGMA 17-70MM 2.8, EXT. TUBE WITH FLASH RING



EOS 7D LENS CANON 55-250MM 5.6



                                 TERATAI (LOTUS)

                              EOS 7D LENS CANON 55-250MM 5.6




Bunga yang tidak diketahui nama ini dikatakan menjadi penawar kanser oleh penduduk setempat.
EOS 7D LENS SIGMA 17-70MM 2.8



                                       TASIK CHINI

Tasik Chini merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera di Pahang. Di tepi2 tasik dihuni oleh suku kaum asli Jakun.
CHINI LAKE YEARS 2000 SHOOT FOR DOCUMENTARY PALEO WORLD - NIKON COOLPIX



ANOTHER VIEW TAKEN FROM KAMPONG PULAU SIPUTEH, KEDAH. PADDY FIELD - EOS 7D LENS SIGMA17-70MM 2.8


cantik tapi ada comot


Bukit Idaman

Sedut Manisan


                                                           
                                            Riang Riang - Cicada



 
Nama Tempatan:
Rozel
Nama Saintifik:Hibiscus rosa sabdariffa
Nama Lain:Asam kumbang,roselle, pokok ribena,red sorrel, Indian sorrel,Florida cranberry
Famili:Malvaceae


Rozel atau asam kumbang ialah tumbuhan semusim yang boleh mencapai ketinggian hingga 3.5 meter. ia mudah membiak dari biji benih dan memerlukan cahaya matahari serta saliran yang baik.Daunnya berwarna hijau tua dengan pelepah daun yang berwarna kemerahan.Walaupun kebiasaannya rozel membiak dari biji benih namun ia juga boleh membiak melalui keratan batang. Untuk membiakkan rozel,bijinya perlu ditanam kira-kira 20cm dari permukaan tanah.Untuk penanaman rozel berskala besar pastikan tiada rumpai yang menganggu pertumbuhan pada bulan pertama kerana tahap pertahanan rozel agak lemah ketika ini.Baja kandang ialah baja yang paling sesuai untuk penanaman rozel.Bunga rozel mula boleh dituai kira-kira tiga minggu dari pertumbuhan bunganya. Antara kulat yang sering menyerang pokok rozel ialah Aecidium garckeanum, A. hibiscisurattense, Alternaria macrospora, Cercospora abelmoschi, C. malaysensis, Corynespora cassiicola, Cylindrocladium scoparium, Diplodia hibiscina, Fusarium decemcellulare, F. sarcochroum, F. solani, F. vasinfectum, Guignardia hibisci-sabdariffae, Irenopsis molleriana, Leveillula taurica, Microsphaera euphorbiae, Phoma sabdariffae, Phymatotrichum omnivorum, Phytophthora parasitica, Ph. terretris, Pythium perniciosum, Rhizocotonia solani, Sclerotinia fuckeliana, S. sclerotiorum, Sclerotium rolfsii.Pokok ini juga terdedah kepada penyakit seperti penyakit daun bertompok. Ia juga mudah diserang oleh parasit seperti kutu daun(aphid).
Bahagian rozel yang boleh dimakan ialah kelopak bunga atau buahnya yang dipanggil kaliks. Kaliks berwarna merah terang dan bersifat mudah patah atau rangup. Antara kegunaan kaliks rozel ialah dijadikan jus, kordial, bahan campuran dalam biskut dan kek. Daun rozel yang mempunyai rasa agak masam boleh dijadikan campuran dalam masakan seperti tomyam dan sup.Cara mudah untuk mendapatkan air rozel ialah dengan merebus kaliksnya dan dicampur sedikit gula. Air ini enak diminum setelah disejukkan dan dicampur dengan sedikit gula. Untuk menghilangkan bau rebusan campurkan dengan sedikit perahan limau nipis atau titiskan sedikit esen vanila.


Nama sainstifik - Nepenthes mirabilis, Periuk Kera atau pitcher plant
  Menyukai kawasan yang lembab dan terbuka tumbuhan unik ini biasa dijumpai tumbuh liar dikawasan hutan hujan tropika terutamanya dikawasan paya.Periuknya mengandungi sejenis bahan kimia yang dipanggil pepsin yang dapat menghadamkan serangga yang terperangkap didalamnya dan menukarnya kepada nutrien untuk tumbuhan ini.Periuknya mengandungi penutup yang menghalang air hujan dari bertakung di dalamnya.Tumbuhan ini boleh membiak melalui pecahan rumpun.Jenis Nepenthes mirabilis banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan sekarang berbanding dengan periuk kera jenis lain dan harganya boleh melebihi RM50 sepasu. Di sarawak periuknya digunakan untuk membungkus ketupat pulut yang dihidangkan di pagi raya.
  Air yang terdapat didalam periuk kera ini dikatakan berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan mata.Akarnya digunakan untuk mengubat penyakit semput atau lelah atau asma dengan cara mengasah akarnya pada pasu dan dicampurkan dengan kemenyan putih. campuran ini dididihkan dan ditapis sebelum diminum airnya.Kajian juga sedang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik untuk membuktikan khasiat tumbuhan ini sebagai penawar kepada penyakit kanser.

Semasa kecil aku dan kawan2 selalu bermandi manda disini tanpa pengetahuan ibubapa.. Alhamdulillah tiada kejadian tidak diingini berlaku.




Menanti tetamu datang bersama doa




Sekarang ini khidmatnya tidak diperlukan lagi..











Burung Cak Rumah

Kampung Pulau Siputeh

Sunset and Sunrise

                                                            COTTESLOE BEACH
This photo taken at Cottesloe Beach at Perth during the filming of At Tijarah for RTM - Nikon Coolpix


COTTESLOE BEACH
Cottesloe Beach, Perth. nice place - Nikon Coolpix



City of Perth - Nikon Coolpix



                            BANDAR BARU SELAYANG

Taken from Bandar Baru Selayang near to my daughter's school SKBBS2 - Canon EOS 7D, Lens Sigma 17-70mm 2.8, ISO 200, F/5.0, 1/640sec


                             KUCHING RIVER CRUISE

Sunset. This photo taken at Sarawak River near the Kuching Waterfront. Shoot from the cruise - Nikon Coolpix



                             KUCHING WATERFRONT

Sunset - Nikon Coolpix



                             KUCHING WATERFRONT

Sunrise - Nikon Coolpix

SKBBS 2 SUNRISE 

 EOS 7D, ISO160, 1/250sec, f16, LENS SIGMA 17-70MM


SKBBS 2 SUNSET

EOS 7D, ISO 640, 1/250sec, f9.0, LENS SIGMA 17-70MM


JALAN SANGLANG, KODIANG

 


Tazkirah



Kadang2 kita sebagai Ibubapa ini tidak perasan akan peranan kita sebagai penjaga dan pemegang Amanah Allah terhadap anak2.. Didiklah anak2 kita dulu dgn didikan agama agar kelak dia mengenal mana Halal dan Haram.



Pernahkah anda cuba berbaring disebelah atau diriba Ibu anda, walaupon agak janggal bagi kita yg munkin berusia 30 tahun keatas ataupon dan anggapan ibu terhadap kita.. " apehal la kau nih, buang tebiat ker? ". Tapi yg pasti kita akan merindukannya setelah ia tiada.. Jadi marilah sama2 kita berbuat sesuatu utk menyenangkan hati ibu.. sesungguhnya Syurga itu dibawah tapak kaki Ibu..



Waktu itu berlalu adakalanya kita rasa terlalu cepat dan adakalanya lambat.. tanpa kita sedari usia kita juga turut meningkat... tapi jangan lupa Ajal kita juga semakin dekat..


Kita tidak lepas lari dari sifat riak dan takabur dalam semua perkara termasuklah ketika beribadah.. pernah dulu dalam 1 ceramah yg saya hadiri kata seorang Ustaz itu.. Sifat Riak itu umpama Seekor Semut Hitam berjalan malam dan diatas Batu Hitam.. jadik katanya kita kenalah selalu beriftifar kepada Allah..
 
Mahar Perkahwinan
 


Monday, 27 August 2012

Monday, 9 January 2012

Photos

Benarkah Jin dapat ditangkap atau dikurung didalam botol? Dalam 1 ceramah disampaikan oleh Ustaz Fauzi Deraman juga menceritakan jin hanya bolih dilihat oleh para Nabi sahaja kecuali ia menjelmakan diri didalam bentuk nyata... - model Tok Pawang ( Ismail Mat Saat KUIN )

cute girl

santai