Saturday 3 January 2015

Tragedi Sedih - Pembunuhan Jemaah Haji dan Hajar Aswad dicuri



     Suatu peristiwa yang sangat mengerikan telah terjadi di Makkah akibat angkara murka golongan sesat Qaramitah salah satu serpihan golongan Syiah yang sangat melampau dan sesat. Golongan ini mulai muncul pada tahun 287 H / 892 M yang diasaskan oleh seorang lelaki bernama Hamdan Qarmat. Sepanjang sejarahnya, golongan Qaramitah telah melakukan bencana ke atas dunia islam, biadap melakukan rompakan ke atas harta muslimin, membunuh dan tiada perikemanusiaan.

     Pada tahun 294 H / 907 M, pasukan golongan Qaramitah yang dipimpin oleh Zukrawaihi telah menghalang jemaah haji dari Iraq yang sedang dalam perjalanan menuju ke Kota Suci Makkah. Berlangsunglah pengepungan dan serangan yang sangat dahsyat serta tidak mengenal belas kasihan. Golongan Qaramitah telah membunuh seramai 20,000 orang jemaah haji yang tidak bersenjata itu dan merampas semua harta bendanya.



     Khalifah Al-Muktafi yang mendengar peristiwa ngeri itu segera menghantar pasukan besar mengejar golongan pengacau tersebut. Terjadilah pertempuran dahsyat. Pasukan Qaramitah telah porak peranda dan Zukrawaihi luka parah dan mati enam hari kemudian.

    Pada tahun 317 H / 929 M Kota Suci Makkah telah dilanda malapetaka  yang amat dahsyat akibat perbuatan golongan sesat Qaramitah. Di bawah pemimpin tertingginya ketika itu yang bernama Abu Tahir Al Qarmati, golongan ini menceroboh Makkah setelah mengalahkan pasukan kerajaan Daulat Bani Abbasiyah dan menewaskan panglima perangnya Manshur Al Dailami.

    Golongan Qaramitah terus memasuki Kota Makkah bagaikan Air Bah, membunuh penduduk dan merampas hartanya. Kebetulan waktu itu adalah musim haji, puluhan dan ratusan ribu umat islam sedang berada di Masjidil Haram. Golongan Qaramitah dengan biadap terus memasuki Masjidil Haram lalu terjadilah pembunuhan beramai ramai ke atas umat islam yang sedang melakukan rukun islam ke lima itu.



   Selama 21 hari pasukan Qaramitah itu mengganas di Makkah dan menduduki Masjidil Haram, menyebabkan kawasan rumah suci itu Banjir Darah dan demikian juga di kawasan lain Makkah. Mayat umat islam bersepah di kawasan Masjidil Haram. Abu Tahir Al Qaramati masih tidak berpuas hati dengan kebiadabannya itu. Dengan melangkah di atas mayat mayat umat islam, dia maju ke Hajar Aswad lalu dicungkilnya Batu Hitam yang dipandang suci itu dan dibawa ke markas Qaramitah di Wadi Hajar bahagian tenggah Arab. Setelah 22 tahun berada di tangan golongan Qaramitah, akhirnya dapat direbut semula Batu Hitam itu oleh Umat Islam dan dikembalikan di sisi Kaabah semula. Peristiwa Ngeri itu diingat dalam catatan sejarah sebagai Tragedi Makkah. Nama Abu Tahir Al Qarmati menjadi sangat hitam dalam lembaran sejarah islam.

sumber dari

Thursday 5 June 2014

Scenery

Padang Sera

Kampung Tanjung

Kampung Padang Teluk

Bendang di Padang Sera

Kampung Kandis View dari Jln Pering Sg. Sentap

Jalan masuk ke Kampung Siputeh


Batu 17 Jalan Kodiang

Bunga Kembang 10 pagi

Kampung Bendahara Kodiang

Penanaman padi di Padang Sera

Kampung Naga

Tasik Titiwangsa

Tasik Titiwangsa 2

En Firdaus dengan kapcainya

Friday 1 November 2013

TAHUKAH ANDA

TAHUKAH ANDA


Nyamuk tidak takut untuk mengigit mangsanya tak kira siang atau malam. Lebih daripada 3500 spesis nyamuk boleh ditemui di seluruh dunia. Sebahagian besar spesis nyamuk tersebut akan berehat sehingga petang untuk memulakan aktiviti menghisap darah manusia.




Abbas Ibn Firnas ialah orang pertama yang cuba mencipta sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9, beliau mereka sebuah kenderaan sayap dan secar khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya di Cordoba Sepanyol, beliau berjaya terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum terjatuh ke tanah sehingga mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuat itu secara tidak terduga menjadi inspirasi kepada seniman Itali, Leonardo Da Vinci ratusan tahun kemudian.




Nabi Muhammad SAW melopori penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan didalam siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.




Mengapa lantai Masjidil Haram tidak panas?
Di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air sebagai pelembab supaya tapak kaki penziarah tidak melepuh kepanasan. Dahulunya tempat tawaf hanyalah hamparan pasir lapang.



Tembok Besi Mesir-Gaza hampir menyerupai konsepnya dengan Sheet Pile Wall. Sheet Pile Wall adalah salah satu daripada pelbagai tembok penahan yang digunakan di Malaysia.

Tuesday 5 March 2013

aku nak kongsi nih pon bukan apa.. kadang2 kita patut tahu juga benda nih...

Sunday 24 February 2013

SK Bandar Baru Selayang 2

Sambutan Hari Sukan, 1 murid 1 sukan diadakan pada 23/2/2013 di Sekolah Bandar Baru Selayang 2
















Mohammad Akif Firdaus







Nur Aqhila Firdaus


Hasya Sofea Azman