Friday 19 October 2012

Lost World of Maliau Basin, Sabah

 Pada 11/9/2011 Team VR ECO Maliau Basin telah memulakan Ekspedisi ke Maliau Basin untuk    satu pengambaran Dokumentari 3D



Sesi interview bersama Tuan Pengarah








                                     

 Setelah beberapa jam dari Kota Kinabalu, berhenti rehat sambil makan mee segera, satu2nya kedai dijalan laluan balak.

Perjalanan dari sini ke Maliau Basin Studies Centre ambik masa dalam 1jam lebih kurang... jalan yg berlubang2 membuatkan sengal badan.



Dorm Maliau Basin Studies Centre


Untuk perjalanan pertama krew ke Camp Camel Trophy kami terpaksa menggunakan heli, kerana banyak barang shooting nak dibawa. Kalau nak trekking hutan mengambil masa 6jam berjalan kaki.


 Naik heli sekejap saja bah 15 minit sampai




Padang Bola MBSC


Tunggu turn untuk naik heli, sekali terbang 3 crew dan barang barang


Cabaran alam menanti disana, hanya mampu tawakkal


Aliran sungai Maliau dari atas heli


bersedia mendarat di Camp Camel Trophy


Camp Camel Trophy

Kem ini dinamakan Camel Trophy Camp kerana telah dibina oleh Group Camel Trophy 4X4 yg sampai disitu tahun tak ingat daaa.. Tenaga letrik menggunakan solar yang dipasang oleh En Burt (ATSB) mengantikan solar yg lama telah rosak. Malam sebelumnya kami menggunakan lilin sahaja.. tapi apabila malam keduanya dipasang Api Letrik berbagai serangga mula datang ke kem menghurungi lampu yg dipasang.. ada 2-3 jenis spesis berbisa seperti penyengat, tebuan dan lebat besar2 pulak tue.. kena sengat adalah perkara biasa.. heheheh.. jika hutan diwaktu malam maka tunggu tetamu lain yg merayap seperti lipan bara, kala jengking dan ular. Disini juga terdapat penghuni yg tidak dapat dilihat oleh Mata Kasar, ada diantara kami dengar macam org ketawa ditenggah malam.. sedang ini adalah kawasan belantara.. perhubungan kami menggunakan Satelit Phone dan Walkie Talkie sahaja..


Taklimat dan meeting kepada Crew 3D Video, Crew Audio dan Photografer. Disini suhunya agak sejuk menjelang 12 tenggah malam... 


Taklimat En Shahrul kepada pelakon pelakon


Pengembaraan dan pengambaran bermula Tahap Pertama ke Takob Akob Waterfall dan Gilok Waterfall


Berhenti rehat di RnR sambil mengira2 berapa ekor Pacat yg dapat setiap org.. saya rasa tidak kurang dari 20 ekor pacat yg melekat atau dah kenyang didalam kasut atau juga dibadan setiap org.. penat tahap Gaban la.. utk yg badan besar seperti saya.. tapi enjoy.. barang2 utk shooting di bawa oleh Porter kecuali Kamera.. setiap org dibekalkan makanan seperti bihun dan snek dan air untuk sampai ke petang balik ke Camp

Adakala kami terpaksa melalui cerun dan tebing.. yg tergolek pon ada.. licin trek lembab Pacat Senyum rezeki datang

Ini diantara tangga yg kena dilalui utk sampai ke Takob Akob


Bila dah sampai kena berehat dulu sambil mengutip pacat2 yg dah kenyang dikaki dan badan.. time nih break makan dan solat.. bagi yg masih bertenaga berenang lah.. saya sekadar lunjurkan kaki kedalam air jer

Takob Akob Waterfall

Bukan senang nak dapat bergambar macam ini.. kalau nak datang lagi entah bila.. hmmm.. tak mampu rasanya..

Gilok Waterfall - kepenatan

Ini diantara Porter yg membawa barang dan beg kami... beliau mampu membawa beban sehingga 40kg dalam usia tak sampai 20 tahun.. beliau berjalan lebih laju dari kami


Gilok Waterfall - sedang baring kat batu bawah tu Ranger MBSC Bob dan Shidi ATSB

bersambung...




No comments:

Post a Comment