Monday 12 November 2012

Haiwan Terkuat di Dunia


    Lazimnya kita sedia maklum bahawa haiwan yang lebih besar lebih kuat berbanding haiwan kecil namun adakah kekuatan sesuatu haiwan itu berubah ubah mengikut saiznya?
Pertimbangkan 3 jenis haiwan yang saiznya berbeza seperti kucing, lembu dan gajah dan menganggap setiap satunya mempunyai perbezaan saiz dalam kadar kira kira kuasa sepuluh.
Jika tulang tulang pada haiwan ini berubah dengan berkadar terus mengikut saiz keseluruhannya, maka gajah adalah 10 kali lebih panjang, 10 kali lebih tinggi & 10 kali lebih lebar daripada lembu.

Ini juga bermakna bahawa gajah adalah 1,000 (10 x 10 x 10) kali lebih berat daripada lembu tetapi tulang kaki gajah hanya kira kira 100 (10 x 10) kali lebih kuat sahaja kerana peningkatan panjang tulang itu tidak meningkatkan kekuatannya.

    Lain pula halnya dengan saiz haiwan yang kecil kerana apabila ia bersaiz kecil, kekuatan berbanding persekitarannya meningkat dengan mendadak.
Ini bermakna manusia, pinjal(flea) & tikus boleh melompat lebih tinggi daripada gajah.

Rekod dunia untuk acara sukan angkat berat ialah 200 kg dan ia bersamaan dengan berat hampir 3 orang dewasa, namun bagi haiwan kecil seperti semut ia boleh mengangkat sehingga 50 kali berat badannya sendiri & kumbang badak pula boleh membawa berat lebih 500 kali saiz badannya sendiri.
Pinjal bersaiz bersaiz beberapa milimeter sahaja tetapi ia mampumelompat setinggi 300 milimeter dan hampir 100 kali ganda saiznya.
Fakta fakta ini agak menakjubkan namun kemampuan haiwan haiwan tersebut bukan sesuatu luar biasa di dalam dunia mereka.

sumber estidotmy 28Nov 2012

No comments:

Post a Comment