Monday 12 November 2012

Apa itu Polistirena


   Polistirena atau polyphenyletthene (susah nak sebut) merupakan polimer aromatik yang diperbuat daripada monomer stirena aromatik, sejenis hidrokarbon cecair yang diproses daripada petroleum oleh industri kimia.
   Bahan petroleum yang sama juga digunakan untuk menghasilkan produk berasaskan plastik. Kebanyakan produk polistirena merupakan bahan termoplastik, biasanya wujud dalam keadaan pepejal pada suhu bilik, tetapi cair jika dipanaskan & akan kembali pejal apabila disejukkan.
   Polistirena didakwa mampu mengeluarkan bahan kimia berbahaya jika dipanaskan terutamanya apabila bahan tersebut dijadikan pembungkus makanan yang panas.
fikir fikirkan lah..

sumber estidotmy 28Nov 2012

Haiwan Terkuat di Dunia


    Lazimnya kita sedia maklum bahawa haiwan yang lebih besar lebih kuat berbanding haiwan kecil namun adakah kekuatan sesuatu haiwan itu berubah ubah mengikut saiznya?
Pertimbangkan 3 jenis haiwan yang saiznya berbeza seperti kucing, lembu dan gajah dan menganggap setiap satunya mempunyai perbezaan saiz dalam kadar kira kira kuasa sepuluh.
Jika tulang tulang pada haiwan ini berubah dengan berkadar terus mengikut saiz keseluruhannya, maka gajah adalah 10 kali lebih panjang, 10 kali lebih tinggi & 10 kali lebih lebar daripada lembu.

Ini juga bermakna bahawa gajah adalah 1,000 (10 x 10 x 10) kali lebih berat daripada lembu tetapi tulang kaki gajah hanya kira kira 100 (10 x 10) kali lebih kuat sahaja kerana peningkatan panjang tulang itu tidak meningkatkan kekuatannya.

    Lain pula halnya dengan saiz haiwan yang kecil kerana apabila ia bersaiz kecil, kekuatan berbanding persekitarannya meningkat dengan mendadak.
Ini bermakna manusia, pinjal(flea) & tikus boleh melompat lebih tinggi daripada gajah.

Rekod dunia untuk acara sukan angkat berat ialah 200 kg dan ia bersamaan dengan berat hampir 3 orang dewasa, namun bagi haiwan kecil seperti semut ia boleh mengangkat sehingga 50 kali berat badannya sendiri & kumbang badak pula boleh membawa berat lebih 500 kali saiz badannya sendiri.
Pinjal bersaiz bersaiz beberapa milimeter sahaja tetapi ia mampumelompat setinggi 300 milimeter dan hampir 100 kali ganda saiznya.
Fakta fakta ini agak menakjubkan namun kemampuan haiwan haiwan tersebut bukan sesuatu luar biasa di dalam dunia mereka.

sumber estidotmy 28Nov 2012

Sunday 28 October 2012

CAMERA AES AREA

JOHOR BAHRU – Walaupun kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) belum dilaksanakan di negeri ini, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Johor mengadakan penerangan bagi mengelakkan salah faham oleh pengguna jalan raya.

Pengarahnya, Noormazura Mat Nawi berkata, beliau mengakui terdapat segelintir pengguna jalan raya yang mengkritik pelaksanaan kamera AES sekali gus menyifatkan ia bertujuan untuk mengeluarkan saman dan bukannya mengelakkan kemalangan.

Menurutnya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan senarai kawasan di negeri ini  yang akan dipasang kamera berkenaan dan orang ramai boleh merujuk di laman web jabatan itu.

“Berdasarkan senarai lokasi yang akan dipasang kamera AES, ia membabitkan kawasan 'blackspot' iaitu telah berlaku kemalangan membabitkan lebih tiga kematian, justeru pelaksanaan sistem berkenaan adalah relevan bagi mengekang kejadian sama terus berulang.

“Pihak berkuasa juga turut meletakkan papan tanda pemberitahuan kewujudan kamera AES jadi sekiranya masih terdapat pemandu yang masih ingkar untuk mematuhi peraturan ditetapkan maka saman akan dikeluarkan,” katanya.

Selain itu, Noormazura mengakui pelaksanaan kamera AES memudahkan lagi tugas anggota penguat kuasa untuk memantau setiap lokasi blackspot untuk mengesan pengguna yang masih degil mematuhi undang-undang jalan raya.

Menurutnya, JKJR telah mengadakan beberapa sesi penerangan kepada pengguna jalan raya melalui ceramah yang diadakan bagi menjelaskan tujuan kamera AES diaplikasikan di negara ini.

SINAR HARIAN, 22 oktober 2012

                            Check kawasan kamera AES anda























PLUS Arah Utara
  • Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
  • Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
  • Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
  • Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
  • Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
  • Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
  • Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
PLUS Arah Selatan
  • Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
  • Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
  • Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
  • Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
  • Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
  • About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
  • At 296.5km and 297km, Bangi junction.
  • Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
  • At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
  • On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
  • After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
  • Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara
  • On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
  • Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
  • Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan
  • Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
  • Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
  • After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
NKVE Arah Timur/Utara
  • 300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
  • Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
  • Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE Arah Barat/Selatan
  • Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
  • From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
  • From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
  • Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
  • Below railway bridge at 11.2km
  • Under the bridge at Shah Alam junction.
Lebuhraya Kesas Timur
  • Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
  • Kesas West Bound
  • At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City
  • Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Lebuhraya Kesas – Klang
  • Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
Leburaya Pantai Timur
  • East bound, downhill run after Raub junction.
  • Maran, 60km/h zone.
  • Paya Bungor, 70km/h zone.
Kawasan Negeri Johor Arah Selatan
  • Tangkak junction.
  • Under the bridge after Yong Peng
  • North junction at 97.3km.
  • Ayer Hitam junction.
  • Sedenak junction.















Friday 26 October 2012

SEMANGAT HARI RAYA KORBAN ATAU AIDILADHA

Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)



Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."


Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.






                                                               Asal-Usul Aidiladha
    Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan ujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.

(sumber penerangan.gov.my)


Wednesday 24 October 2012

On Actions

Empangan Semenyih En Zul sedang meneliti Shot Terbaeknya

En Wan Firdaus merangkap Asist Director

Action....

kat mana nih ?

En Salleh Deran meneliti shot dari En Zul

Ini bukan pokok Ketum


Taking Shot from boat

Wan Firdaus

Wikanda Wang from Krabi - KUIN



Ikan ker Buaya tu? 

Arwa dan Finas - KUIN

Perangkap Sampah

Encik Salleh Deran munkin berpuas hati dengan keterikan cahaya matahari harini

Hai besi maha besi... doa En. Wan Firdaus