Maulidur Rasul 1434H
Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu
juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu
hayat Baginda.
Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.
Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.
Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran
kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan
untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh
bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada
berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti
pada bibir mereka.Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah
berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan
Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan
Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah.
Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai
ke jalan benar.
Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan
Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa
kelahiran sehingga wafatnya.
Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.
Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.
Sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan
semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal
sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada
Rasulullah SAW dan perjuangannya.
Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil
berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah
SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan
Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak
dilarang oleh Baginda.
Warga Selayang Height turut serta
info cikgushamsudin.blogspot.com