Friday 1 November 2013

TAHUKAH ANDA

TAHUKAH ANDA


Nyamuk tidak takut untuk mengigit mangsanya tak kira siang atau malam. Lebih daripada 3500 spesis nyamuk boleh ditemui di seluruh dunia. Sebahagian besar spesis nyamuk tersebut akan berehat sehingga petang untuk memulakan aktiviti menghisap darah manusia.




Abbas Ibn Firnas ialah orang pertama yang cuba mencipta sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9, beliau mereka sebuah kenderaan sayap dan secar khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya di Cordoba Sepanyol, beliau berjaya terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum terjatuh ke tanah sehingga mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuat itu secara tidak terduga menjadi inspirasi kepada seniman Itali, Leonardo Da Vinci ratusan tahun kemudian.




Nabi Muhammad SAW melopori penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan didalam siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.




Mengapa lantai Masjidil Haram tidak panas?
Di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air sebagai pelembab supaya tapak kaki penziarah tidak melepuh kepanasan. Dahulunya tempat tawaf hanyalah hamparan pasir lapang.



Tembok Besi Mesir-Gaza hampir menyerupai konsepnya dengan Sheet Pile Wall. Sheet Pile Wall adalah salah satu daripada pelbagai tembok penahan yang digunakan di Malaysia.